Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,705 / 18.03 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
103 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa anak-anak yatim ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban yang mereka hadapi khususnya ketika umat Islam sedang mengejar pahala di hujung Ramadhan serta bersiap untuk persiapan hari raya.
Oleh itu, pihak yayasan bercadang untuk menyalurkan bantuan kelengkapan dan keperluan diri seperti jubah, kain pelikat dan kopiah serta sedikit bantuan kewangan bagi mereka menyambut Aidilfitri nanti. Jumlah anak-anak yatim yang bakal menerima sumbangan ini adalah sekitar 74 orang.
Nabi SAW ada bersabda bahawa: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim).
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen bantuan segera ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan meringankan beban yang ditanggung oleh anak-anak yatim terlibat serta diharap ia mampu mengembirakan mereka khususnya bagi menghadapi Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Al-Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Semoga dengan derma yang kita hulurkan, kita dapat mencontohi sifat dermawan Nabi Muhammad S.A.W sepertimana Ibnu Abbas pernah berkata, “Rasulullah Saw adalah orang yang paling dermawan dan saat beliau paling dermawan adalah di bulan Ramadhan”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Terima Kasih. Wassalam.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 30, 2022