YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 25, 2022

BANTUAN SEGERA DI PERLUKAN DI TAWAU SABAR

RM2,705 / 18.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

103 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan bagi meringankan beban akibat musibah kebakaran yang sedang dihadapi oleh anak-anak yatim. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum W.B.T. Disaat kita sedang mengejar pecutan akhir Ramadhan di samping sibuk dengan persiapan hari raya, kita dikejutkan dengan berita sedih apabila bangunan asrama yang menempatkan anak-anak yatim di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Rayyaj Bombalai, Tawau Sabah terbakar semalam. Walaupun mereka selamat, namun tempat mereka berteduh telah musnah 70% dan tidak banyak barangan dan harta benda yang boleh diselamatkan.



Atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa anak-anak yatim ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban yang mereka hadapi khususnya ketika umat Islam sedang mengejar pahala di hujung Ramadhan serta bersiap untuk persiapan hari raya.



Oleh itu, pihak yayasan bercadang untuk menyalurkan bantuan kelengkapan dan keperluan diri seperti jubah, kain pelikat dan kopiah serta sedikit bantuan kewangan bagi mereka menyambut Aidilfitri nanti. Jumlah anak-anak yatim yang bakal menerima sumbangan ini adalah sekitar 74 orang.



Nabi SAW ada bersabda bahawa: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim).


Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen bantuan segera ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan meringankan beban yang ditanggung oleh anak-anak yatim terlibat serta diharap ia mampu mengembirakan mereka khususnya bagi menghadapi Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.



Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Al-Tirmidzi dari Ibnu Abbas).


Semoga dengan derma yang kita hulurkan, kita dapat mencontohi sifat dermawan Nabi Muhammad S.A.W sepertimana Ibnu Abbas pernah berkata, “Rasulullah Saw adalah orang yang paling dermawan dan saat beliau paling dermawan adalah di bulan Ramadhan”. (HR. Bukhari dan Muslim).


Terima Kasih. Wassalam.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat