Alhamdulillah, hari ini kami mendapat laporan bahawa dua orang AJK kami iaitu En Abu Baka dan En Abdullah Zulfaqar telah pun menyampaikan bekalan bahan mentah untuk PPS memasak di Yong Peng, Johor.
Untuk makluman, hujan luar biasa telah menyebabkan banyak daerah di Johor banjir luar biasa sehinggakan sekolah-sekolah yang dijadikan PPS juga ada yang banjir. Ini menyebabkan PPS penuh dan tidak dapat menerima mangsa banjir lagi. Oleh itu, ada penduduk kampung mengusahakan membuka ‘PPS’ sendiri di tempat yang selamat.
Jumlah keluarga yang terlibat untuk bantuan dari PERKIM BTP adalah 54 keluarga, yang terdiri dari 198 isi rumah.
Terima kasih atas sumbangan anda semua.
Kita tidak mampu membantu banyak, kita bantu sekadar yang termampu.
Semoga Allah menggantikan sedekah anda dengan harta yang lebih baik lagi barokah.