Mereka sekeluarga memeluk Islam pada tahun 2022, setelah itu ketua keluarga Muhammad Gopal diuji dengan penyakit. Pada 16 Julai 2024, beliau dijemput oleh Allah SWT untuk selama-lamanya.
Kini isteri beliau dan 3 anak-anak terpaksa mengharungi hidup tanpa ketua keluarga yang selama ini mencari nafkah untuk mereka.
PERKIM BTP telah membekalkan makanan selama 3 hari setelah kematian arwah sebagai kewajipan jiran memberikan makan bila ada kematian. Kami juga memberikan menanggung semua kos pengkebumian serta memberi sumbangan tunai kepada keluarga arwah.
Tanpa sumbangan anda, sukarlah kami untuk menyantuni para muallaf yang menghadapi berbagai cabaran dan ujian setelah memeluk Islam.