Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM285 / 2.85 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
24 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T. Setiap kali tibanya sambutan Aidiladha, umat Islam di negara ini akan meraikan pesta penyembelihan haiwan yang boleh dikorbankan pada hari-hari Tasyrik. Daging korban kebiasaannya akan diagihkan mengikut kaedah pembahagian seperti berikut iaitu 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang mengambil bahagian dan ahli keluarganya; 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
Namun persoalannya, adakah golongan fakir miskin yang memiliki keluarga besar khususnya di kawasan ramai atau padat penduduk menerima cukup daging korban? Kebiasaannya mereka akan hanya menerima 1 kilogram daging sahaja. Dalam keadan ekonomi yang sangat mencabar pada hari ini, mungkin tidak ramai umat Islam yang mampu untuk menyertai bahagian korban yang dikhabarkan semakin meningkat berbanding tahun-tahun lepas. Keadaan ini akan menyebabkan semakin sedikit jumlah haiwan korban akan dikorbankan pada Aidiladha nanti.
Oleh itu, sebagai usaha untuk membantu golongan fakir miskin yang berada di kawasan ramai penduduk untuk menerima tambahan lagi 1 kilogram daging segar, maka pihak yayasan akan menyalurkan agihan tambahan daging segar kepada mereka dengan sasaran penerima seramai 250 keluarga asnaf yang berada di beberapa kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang dan beberapa perkampungan nelayan kecil di Kedah dan Johor.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan tambahan daging segar ini. Semoga dengan bantuan yang diberi akan mengembirakan golongan yang dibantu sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang berbunyi: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukan ke hati seorang mukmin”. (HR. Thabrani dishahihkan oleh Al Albani). Mudah-mudahan, sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta mendapat Redha dari Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (HR al-Tirmizi)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 22, 2022