YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 24, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK ASNAF OKU YANG MEMERLUKAN BANTUAN

RM530 / 8.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama membantu menghulurkan bantuan untuk golongan asnaf OKU yang memerlukan bantuan. Jom kita bantu mereka!


Sesungguhnya memiliki kesempurnaan anggota tubuh badan dan akal yang sihat merupakan anugerah dari Allah SWT yang tidak terhingga sehingga kita mampu menjalani kehidupan di dunia ini dengan baik dan mudah. Namun, bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU), mereka diuji dengan serba kekurangan dari segi kesempurnaan anggota badan mahupun kesihatan mental. Golongan OKU ini ada yang cacat kaki dan tangan, cacat penglihatan, lumpuh dan ada yang menghadapi masalah mental dan sebagainya. Walaubagaimanapun, mereka tetap memerlukan kehidupan seperti insan lain.



Lawatan kami ke beberapa buah rumah penduduk dan pusat jagaan persendirian Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar negeri Selangor baru-baru ini amat bersimpati dengan nasib mereka. Mereka ini bukan sahaja berstatus OKU malah mereka juga adalah golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan dan sokongan masyarakat untuk meneruskan kehidupan. Sesungguhnya mereka ini tidak mampu untuk berkerja seperti insan-insan lain yang sempurna.



Oleh itu, atas rasa simpati terhadap golongan asnaf berstatus OKU ini, maka pihak Yayasan melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, minyak masak, telur, garam, gula, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Bantuan ini akan disalurkan kepada 30 orang OKU asnaf yang sebahagiannya dijaga oleh keluarga masing-masing dan ada yang tinggal di pusat-pusat jagaan golongan OKU yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat golongan asnaf OKU ini dibantu agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang sempurna. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Allah sentiasa menolong hambaNya selama ia menolong saudaranya.” (HR. Muslim)



Rasulullah SAW juga ada bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

AHMAD SUKRI HASAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat