YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 11, 2023

BANTUAN UNTUK B40 YANG TINGGAL DI BANDAR

RM275 / 4.58 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan keperluan makanan asas kering untuk golongan B40 di bandar. Jom ringankan hidup mereka!


Assalamualaikum wbt. Mungkin ada sebahagian dari kita menyangka bahawa orang-orang miskin hanya tinggal di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman sahaja. Namun, hakikatnya ramai yang tinggal di bandar terdiri daripada golongan susah dan ‘cukup-cukup’ makan sahaja. Hidup di bandar tidak semestinya kaya dan senang. Disebabkan desakan dan keperluan untuk mencari kehidupan, maka bandar adalah destinasi pilihan mereka. Isu miskin bandar telah lama diperkatakan khususnya di kalangan orang melayu dan sehingga hari ini ia masih menjadi cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menanganinya. Di saat harga barangan makanan dan keperluan asas yang sukar untuk surut harganya, kehidupan mereka yang susah dan miskin akan menjadi lebih parah.



Program ziarah kami baru-baru ini telah bertemu dengan beberapa buah keluarga di sekitar Lembah Klang iaitu di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menyelami kehidupan mereka. Mereka ini adalah golongan B40 yang memerlukan bantuan untuk menampung kehidupan yang susah. Sebahagian mereka bukan tidak berkerja, namun, pendapatan mereka amat minima jika dibandingkan dengan keperluan yang perlu mereka tanggung. Ada di antara mereka yang terpaksa menanggung anak yang sakit kronik, menjaga orang tua yang telah uzur, ada yang sakit dan tidak lagi mampu berkerja dan ada yang baru kehilangan pekerjaan dan pelbagai lagi masalah yang membelenggu mereka.



Atas rasa simpati terhadap mereka ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, telur, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yag sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 40 orang penerima yang layak yang berada di sekitar Lembah Klang khususnya yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan rakyat B40 yang sedang menghadapi kesusahan dan kesulitan hidup. Semoga usaha kecil kita ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang sedang mereka tanggung dan mudah-mudahan ia akan digantikan dengan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Marilah kita hayati sabda Nabi Muhammad S.A.W sepertimana yang dijelaskan oleh Abu Hurairah RA: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.”(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM110.00

Aug 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat