Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM756 / 10.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
41 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt.. Tanpa kita sedari bahawa kebanyakan di antara kita telah pun melalui zaman kanak-kanak sehingga remaja dengan penuh kasih sayang ibu dan bapa. Keperluan kita sentiasa cukup. Namun jangan kita lupa bahawa di luar sana begitu ramai anak-anak yang sedang membesar tanpa kasih sayang ibu bapa. Bahkan sebahagian mereka adalah anak-anak yatim asnaf yang terpaksa menagih simpati dan kasih sayang dengan bernaung di rumah-rumah kebajikan dan rumah jagaan anak-anak yatim. Ada juga di antara mereka yang tinggal bersama ahli keluarga yang susah. Sesungguhnya bantuan serta sokongan dari kita semua adalah penting untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Ziarah kami ke rumah jagaan anak yatim persendirian di Rawang Selangor baru-baru ini dan ke beberapa rumah penduduk yang menjaga anak yatim asnaf amat menginsafkan. Mereka bukan sahaja berstatus anak yatim malah mereka adalah golongan dari keluarga asnaf yang telah kehilangan orang tua yang selama ini menjadi tempat bergantung hidup. Mereka seperti kita yang perlukan kasih sayang dan keperluan hidup untuk menjalani kehidupan seperti insan lain.
Menyedari akan ganjaran yang bakal diterima bagi mereka yang menyantuni anak-anak yatim, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan berupa barangan keperluaan iaitu makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, telur, minyak masak, bihun dan sebagainya serta keperluan diri seperti kain pelikat / batik, sejadah, tuala mandi dan lain-lain serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka iaitu anak-anak yatim asnaf yang bernaung di rumah-rumah jagaan anak yatim persendirin atau yang tinggal bersama ahli keluarga terdekat mereka. Jumlah mereka yang akan menerima sumbangan ini sekitar 50 orang yang berada di sekitar negeri Selangor.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini sebagai usaha menyantuni anak-anak yatim asnaf. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Tirmidzi)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah: 220)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2023