YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Sep 21, 2023

INFAQ UNTUK GOLONGAN ASNAF DAN SUSAH

RM480 / 8.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan makanan asas untuk golongan asnaf. Jom bantu ringankan kehidupan mereka!


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya kehidupan ini bukanlah semudah yang disangka. Memang benar kita disuruh mencari kehidupan dengan bekerja atau berniaga. Namun, sekiranya pendapatan yang diterima masih kurang dan berada di bawah garis pendapatan golongan miskin, maka golongan yang berpendapatan lebih sememangnya perlu untuk berinfaq untuk golongan susah dan miskin. Dalam keadaan hari ini yang mana harga barangan keperluan begitu menekan golongan susah, maka amat perlu golongan miskin dibantu.



Program pemberian barangan makanan asas kering oleh pihak kami untuk golongan asnaf sentiasa diadakan. Target penerima adalah golongan asnaf yang tinggal sekitar Selangor dan Lembah Klang. Golongan asnaf ini amat memerlukan bantuan dan sumbangan dari orang ramai bagi menampung kehidupan. Di kalangan mereka ada yang baru kehilangan pekerjaan, ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap, peniaga runcit kecil-kecilan dan pelajar sekolah dari keluarga asnaf.



Atas rasa simpati terhadap mereka ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan terus menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan sekerap mungkin untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh golongan asnaf. Untuk setiap sesi pemberian, sasaran bantuan ini akan melibatkan 20-30 orang penerima yang layak yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini sebagai amal bakti kita kepada saudara kita sesama Islam yang kurang bernasib baik khususnya yang amat memerlukan pertolongan. Semoga usaha kecil kita ini dapat meringankan beban yang sedang mereka tanggung dan mudah-mudahan usaha kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Justeru, marilah kita hayati sabda Nabi Muhammad SAW sepertimana yang dijelaskan oleh Abu Hurairah RA, “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat