Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,092 / 6.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM18,000
59 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kesabaran adalah nilai tertinggi bagi mereka yang sedang menanggung kesakitan, apatah lagi sekiranya mereka adalah tergolong dalam golongan asnaf. Sudah tentulah mereka amat memerlukan pertolongan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Bagi golongan asnaf dan miskin, apabila mereka ditimpa dengan masalah kesihatan, sudah pasti mereka tidak dapat bekerja atau mencari rezeki dan lantaran itu, keluarga dan anak-anak akan menanggung kesusahan.
Lawatan kami baru-baru ini di dua buah hospital di Lembah Klang, menemui beberapa pesakit asnaf yang sedang mendapatkan rawatan. Mereka adalah golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan kita semua untuk meneruskan kehidupan. Mereka ada keluarga yang perlu disara khususnya anak-anak yang masih bersekolah. Apabila mereka terlantar di hospital, sudah pasti kehidupan seharian keluarga mereka akan terjejas.
Atas rasa simpati terhadap golongan asnaf yang terlantar sakit ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit seperti lampin pakai buang, tuala kering dan basah, ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan sebagainya yang difikirkan perlu serta sedikit bantuan kewangan. Di samping itu, pihak kami juga akan menyalurkan bantuan makanan asas harian seperti beras, tepung gandum, minyak masak, makanan dalam tin dan sebagainya untuk ahli keluarga mereka di rumah. Sasaran bantuan ini akan diberikan kepada 50 orang pesakit asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menjayakan usaha murni ini demi membantu golongan asnaf yang terlantar sakit. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung pesakit dan ahli keluarga mereka.
Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata, "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR. Abu Daud)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Baqarah: 271)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
AINI ANUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 21, 2023
SALEHUDIN DAN KELUARGA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2023