Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM6,180 / 61.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
274 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum WBT. Pada 4hb Julai 2022, Daerah Baling telah dilanda banjir akibat hujan lebat yang berterusan lebih tiga jam sehingga mengakibatkan limpahan air Sungai Kupang. Mengikut maklumat yang diterima dari skuad yayasan di sana bahawa setakat ini, sebanyak 20 buah rumah telah mengalami kerosakan dan lima darinya telah dihanyutkan air deras. Kepayahan dan kesulitan akibat banjir tidak dapat digambarkan apabila harta benda milik mangsa banjir habis musnah. Ketika ini, keperluan air bersih dan makanan segera amatlah diperlukan.
Menyedari akan kesulitan ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) untuk fasa pertama ini akan menyalurkan bantuan segera berupa makanan segera (nasi bungkus) dan air bersih serta peralatan memasak seperti dapur, tong gas dan peralatan memasak berserta barangan asas kering seperti beras, dan makanan dalam tin bagi mangsa banjir.
Oleh itu, pihak Yayasan mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha bantuan ini bagi meringankan beban yang sedang dihadapi oleh mangsa banjir. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HRMuslim)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 14, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 14, 2022