Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Feb 24, 2023
RM1,015 / 10.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
33 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185)
Tidak lama lagi akan tibanya bulan kemuliaan dan kebahagian orang Islam iaitu Ramadan. Sebagai umat islam kita dituntut untuk melakukan pelbagai persediaan bagi menyambut kedatangan bulan yang penuh barokah ini. Persediaan dari segi ilmu, kerohanian dan juga kewangan amat penting bagi memantapkan serta memeriahkan segala aktiviti ibadah sepanjang bulan Ramadhan.
Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati membuka peluang infaq tabung keperluan Ramadhan anak-anak tahfiz kami di sini. Mari hiburkan hati 60 orang anak-anak tahfiz dengan juadah makanan yang enak untuk mereka merasai keseronokan beribadah sepanjang ramadhan. Antara yang boleh penyumbang dermakan adalah dengan beberapa pakej tajaan untuk 27 hari dalam bulan Ramadhan:
1. Makan berbuka RM250
2. Makan sahur RM100
3. Moreh RM50
4. Pakej 1 hari RM400 untuk pelajar dan kakitangan
Oleh itu marilah kita melakukan sebaik-baik persediaan bagi menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan nanti. Alirkan harta kepada jalan kebaikan untuk membantu dan menggembirakan umat islam yang lain pada bulan yang penuh kemuliaan, keberkatan, keampunan dan juga dilipat gandakan segala amal kebaikan. Jazakallahu khairan jaza'. Sabda nabi SAW:
“Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh harapan maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 24, 2023
NOOR FAIZAH JAMALUDDIN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 24, 2023