ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Feb 02, 2024

RAYUAN RAMADHAN UNTUK FAKIR DI KASHMIR

RM2,900 / 18.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,300

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk memberi bantuan makanan supaya fakir khususnya ibu tunggal dengan anak yatim di Kashmir boleh berbuka puasa dan sahur hasil sumbangan rakyat Malaysia.


Bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkah. Di bulan inilah kita dilatih oleh Allah untuk menjadi hamba yang semakin kuat berhubungan langsung kepada Allah dan juga berhubungan dengan sesama Muslim. Islam tidak hanya menginginkan umatnya soleh secara individual tapi juga soleh secara sosial.



Allah juga membuka peluang bagi para hamba-Nya untuk melipatgandakan pahala yang semakin besar dengan cara memberi makan orang yang berpuasa untuk berbuka. Dan hebatnya lagi, pahala memberi makan orang berbuka itu sebanding dengan pahala puasa orang yang diberi makannya itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikitpun.



Jika seseorang memberi makan orang yang ingin berbuka puasa sebanyak 10 orang, maka si dia mendapatkan pahala puasa 11 kali. Satu kali kerana puasanya ditambah 10 kali pahala memberikan makanan. Itu baru pahala biasa, boleh jadi pahalanya lebih besar dan berganda lagi kerana kemuliaan bulan Ramadhan.


Untuk kempen ini hanya RM153, anda mampu meraih pahala 10 orang untuk 30 hari Ramadhan!


Boleh bayangkan pahala berganda anda perolehi?



Setiap keluarga di Kashmir mereka ada isi rumah hampir 10 atau lebih. Mereka yang kami sasarkan untuk diberi bantuan makanan adalah golongan fakir di Kashmir. Ramai dari mereka adalah ibu tunggal dengan anak yatim mereka tinggal di pedalaman dan lereng-lereng gunung hidup dalam serba dhaif. Anda bukan sahaja dapat pahala puasa mereka, juga pahala membantu fakir.



Mengapa bantu Kashmir?


Kashmir yang dimaksudkan adalah wilayah yang dijajah dan diratah oleh Kerajaan India. Mirip isu Palestin!


Pada tahun 2019, kuasa autonomi Kashmir ditamatkan, kerajaan negeri Islam 100% dibubarkan.



Kashmir dikawal ketat oleh tentera dan mengancam keselamatan wanita Islam di sana. Bendera sendiri Kashmir juga dimansuhkan diganti dengan bendera India. Dua sumber ekonomi paling utama Kashmir adalah sektor pelancongan dan tanaman epal. Pelancongan merundum sejak India membubarkan kerajaan negeri Kashmir dan perintah terus.




Beginilah keadaan masjid di pedalaman, amat dhaif.


Tanaman epal merosot kualitinya disebabkan penyakit, dan mereka tiada cara untuk memulihkan tanaman mereka kerana kerajaan India pun sibuk menekan rakyat Kashmir.



Kita pernah bantu Kashmir melalui Iltizam Relief Society dengan kerjasama sumbangan. Jom kita bantu lagi sekali Ramadhan ini. Miskin jadi fakir, fakir terus fakir!



Sedekahlah sekarang, akan membolehkan kami melaksanakan 1 atau 2 hari sebelum Ramadhan, maka anda dapat ganjaran 30 hari puasa Ramadhan. Fikirkanlah. Jangan risau, anda boleh juga infaq seikhlas hati.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 05, 2024

MUHAMAD HAFIZ BIN SUHAIMI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat