PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan serta sihat2 selalu ibu ayah di rumah Nur Ehsan. Doakan ibu dan ayah saya sihat dan dijauhkan dari segala penyakit.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga sumbangan sedekah sedikit saya ini dapat diterima sbg pahala untuk almarhum SARMAN bin Hassan abah saya...aminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

YaAllah jadikan sedekah ini asbab diriku sekeluarga ke syurgaMu. Aamiin…

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, keteguhan iman dalam diri, kestabilan emosi dalam menghadapi ujian yang diberi, fikiran yang tenang, keselamatan semasa berada dimana mana sahaja, mempermudahkan segala urusan untuk semua, juga dipermudahkan perjalanan ke syurga semua.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 minggu yang lepas

Semoga segala urusan pengumpulan dipermudahkan Allah SWT

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Ya Allah jdkanlah pahala sdekah ini phala utk arwah ibu abh ku Abdul Aziz bin md Isa n saudat Binti ibrahim ank2 syurga kembarku Muhammad Muhammad berikanlah kami kkuatan ksbaran kbhgiaan suami isteri utk kmi mnjga amanahmu sembuhkanlah ank syurga kmi Muhammad Ammar Amsyar bin Azrul izuan maafkn Sy tuan sumbngan Sy xbsar nilai nya tp Sy iklas krna Allah taala doakn ksmbuhan spnuhnya pnykit ank Sy

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: