Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM62,537 / 20.85 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000
2285 Penyumbang
54 Baki Hari
Memandangkan sebelum ini penghuni warga di sini tidak dapat diasingkan dengan baik kerana masalah ruang yang sempit. Kini, ruang pengasingan mengikut jantina telah ada untuk kami asingkan mereka dengan lebih selesa, namun kami masih kekurangan lagi dari segi kemudahan fasiliti seperti katil, perabot, alat pemegang di tandas, dinding dan sebagainya.
Untuk pengetahuan semua, penghuni pusat jagaan kami kebanyakannya adalah warga emas dan OKU yang tidak ada waris yang dihantar oleh pihak hospital serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dengan rezeki ini, pihak kami sudah berjaya membina asrama dan kini kami berhasrat untuk menambah kemudahan fasiliti untuk warga emas dan OKU di asrama ini agar keselesaan untuk mereka terjamin. Ribuan terima kasih buat para penyumbang, ayuh sama-sama membela nasib warga emas dan OKU.
Besar harapan kami agar pihak anda para dermawan dapat bersama-sama kami dalam misi mengumpul dana bagi merealisasikan impian para penghuni menduduki kediaman baru yang lebih selesa, Insya'Allah. Sesungguhnya, membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas dan OKU akan sentiasa mendapat ganjaran daripada Allah dan hidup sentiasa berada di dalam berkat-Nya.
"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah SWT tidak akan menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya." (Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NURUL NADIA HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2024
FARIZA ZAHARI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2024
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2024