MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 06, 2024

INFAQ SIMEN BUAT PRASARANA ANAK YATIM TAHFIZ ASNAF YANG BELUM SELESAI

RM40 / 0.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sama-sama berganding bahu meringankan beban dalam infaq simen bagi pembinaan prasarana dan kemudahan di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.


Dengan segala hormatnya, Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka peluang kepada para dermawan yang prihatin untuk membantu berinfaq dalam pembelian simen bagi menjayakan pembangunan di maahad tahfiz kami. Sokongan anda amat diperlukan bagi memastikan kemudahan yang lebih baik dan selesa dapat disediakan untuk para pelajar.



Pihak maahad merancang untuk pembinaan prasarana tahfiz ini yang belum selesai seperti bilik ulang kaji, dapur masak baru, dewan makan, kelas pengajian dan perpustakaan untuk kemudahan dan keselesaan anak-anak yang sedang menuntut ilmu dan menghafal Al-Quran di sini.


Simen merupakan bahan yang amat diperlukan dalam menyiapkan kerja-kerja pembinaan kelas pengajian, dapur masak, dewan makan dan lain-lain lagi. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq simen bagi mempercepatkan proses pembinaan bangunan yang belum selesai. Tanpa simen yang mencukupi, kami tidak dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian yang diperlukan untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan selamat bagi para pelajar.


Dengan menghulurkan sumbangan infaq bagi pembinaan prasarana di maahad tahfiz, tidak hanya menyumbang kepada pembangunan maahad, tetapi juga dapat mengamalkan amalan mulia yang mendapat kecintaan Allah SWT.


Rasulullah ﷺ bersabda:


“Sesiapa yang berinfaq (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”

(Riwayat Al-Bukhari 1897, dan Muslim 1705)


Setiap sen yang diberikan akan membawa pelbagai manfaat terutama dalam melahirkan generasi yang ulul albab yang mampu menuai bakti kepada masyarakat pada suatu hari nanti. Sumbangan kecil anda boleh membawa perubahan besar dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa untuk para pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf di sini. Mudah-mudahan ia akan menjadi amal jariah yang akan menjadi bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi dan amal yang diterima Allah SWT.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAJJAH FATIMAH @ AZIZAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

MOHAMAD AZLI RAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat