MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga segala urusan dunia akhirat buat seluruh keluarga Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah Shah Alam, dipermudahkan oleh Allah SWT.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga anak ii yang menuntut ilmu di sana menjadi alhli agama yang hebat. Dapat menegakkan dan membela agama pada masa akan datang. Doakan saya sentiasa di limpahkan rezeki. Kesihatan yang baik. Dan berjaya dalam business kecil. Doakan saya dapat bantu orang ii yang memerlukan . Aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan sy selamat n bahagia dunia akhirat, sembuh dr penyakit luar dan dalaman.. hilang desingan di telinga.. amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HJH.AMINAH BT LOB

2 tahun yang lepas

Infaq sedekah ini diberikan ikhlas kerana Allah Taala, semoga dimurahkan rezeki lagi dan diberi kesihatan yg baik dlm menunaikan ibadah. Diampunkan segala dosa kami dan keluarga kami yg dahulu dan terkini.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Mak Husinia bte Hussin dari sakitnya dan semakin sihat agar dapat jalani kehidupan yg baik Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah amalan kebajikan ini dengan balasan pahala yang berterusan...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: