MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah jika ada pahala dalam sedekah ini aku hadiahkan untuk kedua ibu bapaku.permudahkan urusanku rahmati aku dan keluargaku, keluarkan aku dari kesempatan hidup, jadikanlah anak2 hamba yang berilmu beramal soleh dan solehah. Jauhilah aku dari murka dan azab api nerakaMu

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORDIANA AHMED

2 tahun yang lepas

Ampunkanlah segala dosa2ku,keluargaku,sahabatku juga guru-guruku ya allah. Rahmatilah kami. Kurniakanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Bismillah. Ya Allah jika ada pahala sedekah subuh dan sedekah dlm bln rejab ini utkku, sampaikanlah pahalanya kpd arwah kedua ibubapaku, permudhknlah urusan kami sekeluarga di dunia dan di akhirat dan jadikan ank2 kami ank yg soleh dan solehah. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Untuk arwah ibu dah ayah supaya diampuni segala dosa dan ditempatkan dengan golongan yang beriman. Ampuni dosa saya, ister dan kedua anak2 saya. Dipanjangkan umur dalam iman, dimurahkan rezeki dan senantiasa sihat. Dielakan dari segala penyakit kronik. Supaya pemohonan anak bongsu saya dapat masuk ke university tahun ini berhasil. Maju dalam business. Elakkan segala bala. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Jika ada pahala untuk sedekah subuhku harini, semoga Allah bagi bagi pahala tu buat arwah ayah saya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan sy agar dibukakan hijab ruhani dan dibukakan pintu makrifat yg khassab

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: