MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Assalamualaikum..semoga dipermudahkan segala urusan pentadbir dan pelajar² di Maahad ini. Doakan juga untuk saya☺️

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga diriku dan semua umat Muhammad saw, Muslimin Muslimat diberikan kesihatan yg baik yg dijauhi dari segala penyakit dan mara bahaya dunia hingga akhirat, Aamiin ya Rabbal Aa'lamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki serta sihat tubuh badan agar kita seluruh umat Rasulullah SAW dapat perbaiki ibadah dan sentiasa jaga ibadah kita terhadap Allah SWT. Kepada yang sudah dipermudahkan urusannya kepada yang sempit rezekinya diluaskan rezekinya kepada yang bermasalah dr smua sudut dimudakan semua urusannya dan tempatkanlah kami seluruh umat Rasulullah SAW kdlm syurga firdaus tnpa azab n hisab

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan semoga bisnes jeruk saya berkembang maju dan berjaya untuk saya bantu lebih ramai lagi di luar sana

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

SAYA DOAKAN DENGAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DAPAT MENGURANGKAN BEBAN DAN MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN SERTA MELAHIRKAN INSAN YANG PEMURAH DAN PENYAYANG.MINTAK SUPAYA KITA SEMUA MENJADI GOLONGAN YANG DIREDHAI ALLAH DAN BERJAYA DIDUNIA DAN DI AKHIRAT NANTI.INSYALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

semoga Allah permudahkan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. sebaik² manusia memanfaatkan pada orang lain

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: