MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,InshaAllah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga murahkan rezeki kami sekeluarga, perluasakan rezeki kami sekeluarga, perhebatan rezeki kami sekeluarga, berikan kami kesihatan tubuh badan dan bahagiakn kami dunia akhirat. Isteri ku sedang hamil, kasihani isteri ku ya allah, ringankan beban isteri ku, kuatkn semAngat isteri ku..berikan kesihatan kpd isteriku dan kandungan nya ya allah..amin🤲🤲..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doa2kan agar dikurniakan pelbagai sumber rezekiNya, seluas langit dan bumi, sederas air zam² yang tak pernah putus, Mudah-mudahan bila rezeki bertambah maka berganda juga infaq diri kepada yang memerlukan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan nur farisha binti mohd kamal dan suami muhammad faiz azmir bin azahar dikurniakan rezeki zuriat secepat mungkin aamiin . Penantian 4 tahun.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, dosa suami ku&dosa diriku sendiri, dan dosa seluruh umat islam-Mu. Ya Allah, Engkau rahmatilah perkahwinan ini, luaskan lah rezeki suamiku kerana dengan segala kudratnya berjuang adalah demi kebutuhan keluarga kecil ini, berikanlah kami zuriat yang soleh solehah, teguhkan lah iman kami, berilah kami kesihatan yg baik dan umur yg panjang. Amiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah berikan aku Hidayah Mu supaya aku menjadi hambu Mu yg lebih beriman. Permudahkan urusan ku dalam menjalani kehidupan baru ku ditempat kerja baru. Cerdaskan mindaku dan cukupkan masa ku untuk beribadah kepada Mu setiap masa. Alhamdulillah ya Allah. Allahuakhbar.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: