MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 01, 2024

DANA MEMBAIKI VAN MAAHAD TAHFIZ YANG ROSAK DAN UZUR

RM175 / 5.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

INFAQ DANA BAIK PULIH VAN MAAHAD YANG ROSAK DAN UZUR BAGI MEMUDAHKAN PERGERAKAN PARA PELAJAR.


Berinfaq merupakan amalan yang mulia dalam Islam. Amalan berinfaq ini merupakan ciri orang bertakwa. Orang-orang yang bertakwa adalah orang yang suka bersedekah, berinfak, membantu kepada sesama yang memerlukan, menolong orang yang dalam kesusahan berinfaq dengan sebahagian harta dan rezeki yang dimilikinya ke jalan Allah SWT untuk memperolehi keredaan-Nya.



Infaq mempunyai banyak kelebihan yang dijanjikan oleh Pentadbir Seluruh Alam dan Penguasa Segala Suatu yakni Allah SWT yang mana janji-Nya adalah pasti dan ada jaminan.


Dalam Kitab Fadhilat Sedekah merujuk kitab Kanz ul Ummal dipetik sebuah hadis menyatakan bahawa,


“Tolaklah segala kerungsingan dan kebimbangan kamu dengan sedekah. Dengan sedekah Allah SWT akan menolak segala kemudaratan daripada kamu dan akan membantu kamu terhadap musuh-musuh kamu”.

.


Pihak maahad membuka peluang kepada muslimin dan muslimat bagi menjayakan kempen dana baik pulih van maahad yang rosak bagi keselesaan dan kemudahan pergerakan anak-anak tahfiz kami pergi ke masjid untuk solat Jumaat, jemputan solat jenazah, majlis bacaan yasin dan tahlil dan program-program ilmiah. Selain itu, kadang kala van yang sama juga digunakan untuk membeli barang-barang keperluan para pelajar serta ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran.



Sebelum ini, van yang sedia ada sering berlaku kerosakan dek kerana keadaan van yang uzur. Begitu juga kos penyelenggaraan yang tinggi dalam baik pulih van merupakan cabaran kami.


Oleh yang demikian, pihak maahad mengalu-alukan sumbangan ihsan daripada anda. Sumbangan tersebut akan memberi banyak manfaat buat anak-anak tahfiz di sini. Ayuh kita berinfaq bermula RM10 bagi membantu mereka dalam mewarisi Al-Quran yang suci dalam dada mereka. Semoga keprihatinan anda ini akan meraih keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

EDEY AUTOPART / TSR CAT HOTEL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Aug 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat