Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM150 / 1.11 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM13,500
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Salah satu “pelaburan” yang kurang diberi perhatian oleh umat Islam, khususnya melibatkan orang lain, adalah pendidikan. Dunia semakin canggih, hampir segalanya paperless dan menuju digital sepenuhnya. Begitu juga pengajian di universiti, penggunaan peranti dan laptop adalah masa depan.
Bagi anak-anak mahasiswa dan mahasiswi dari golongan B40 pendapatan rendah seperti anak penoreh getah, pemandu teksi, nelayan darat dan sebagainya, memiliki sebuah laptop adalah di luar kemampuan mereka. Tanpa laptop, anak-anak ini akan ketinggalan, lewat menyiapkan assignment. Ada juga yang terpaksa bergantung dengan rakan siswa lain untuk meminjam laptop, atau bergantung dengan komputer di perpustakaan.
Anak-anak Muslim tidak boleh ketinggalan dalam bidang pendidikan. Iltizam Relief Society menyedari isu ini. Kami telah membantu memberikan laptop percuma kepada siswa yang layak. Setakat ini 60 siswa telah dibantu di bawah program laptop percuma ini.
Antara penerima laptop ini adalah anak-anak yatim dan piatu.
Namun, mereka yang memerlukan laptop masih ramai dan setiap tahun ada siswa dan siswi baharu yang mendapat tempat di IPT.
Ini adalah pelaburan akhirat yang berbaloi. Berbaloi untuk penderma, kerana pahala jariah yang berganda selagi laptop itu bermanfaat dan juga memberikan peluang ilmu yang bermanfaat kepada anak miskin, termasuk anak-anak yatim. Ia juga berbaloi kepada mahasiswa itu, dia boleh mengaji sama seperti anak-anak lain
Sekali lagi, umat Islam perlu ke hadapan dalam pendidikan. Dengan hanya sedekah serendah RM10 sekali pun, anda mungkin membantu seorang mahasiswa melengkapkan keperluan pengajiannya. Ayuh, jom bantu!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
ZHARIF
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 09, 2024